Just another WordPress.com site

BUDAYA HEDONISME : KESERONOKKAN @ KECELAKAAN

Assalamualaikum. Apa Khabar kepada semua pembaca di alam maya. Kak Sue harap semoga semua pembaca mengucapkan syukur ke hadrat Illahi kerana kita diberi nafas pada hari ini untuk mengerjakan amalan lebih baik daripada semalam. Kak Sue menyeru kepada golongan remaja, bacalah entry ini semoga ianya bermanfaat kepada anda….. 

Ha…. tentu anda tertunggu-tunggu apa ajuk kak Sue pada kali ini kan? Pernah dengar tak hedonisme? Ape tu? Boleh jelaskan pada Kak Sue?

Kepada semua pembaca di luar sana. Pertama sekali, kak Sue nak semua membaca entry ini dengan penuh teliti kerana budaya ini telah menular di kalangan masyarakat kita. Tetapi tidak ramai yang mengambil tahu tentang hal ini disebabkan kekangan masa dan lain-lain. Jadi, di tengah kesibukkan anda bekerja, belajar, mengajar dan sebagainya tenung-tenunglah budaya yang ada di luar sana. Mungkin pada hari ini budaya ini tidak mempengaruhi anda semua, tapi sape tahu jika budaya ini mempengaruhi anak-anak anda di kemudian hari?????

Hari ini kita dikejutkan dengan budaya hedonisme yang boleh dianggap sebagai melampau yang dianjurkan oleh pihak2 yang hanya mementingkan keuntungan daripada memikirkan kesan yang akan diperolehi terutamanya terhadap golongan muda-mudi(melayu-islam). Lalu Kak Sue tertanya-tanya ke mana perginya golongan ulama dalam menangani isu ini? Adik2 tepuk dada tanya iman, sebenarnye golongan ulama telah berperanan dalam menangani isu ini, tapi kita sebagai masyarakat awam selalu menuduh mereka tidak menjalankan tanggungjawab. Betul x? Mungkin pembaca yang sudah melalui zaman remaja, sangat mengerti situasi ini. Sekiranya sesuatu itu berlaku, dan budaya itu tidak dapat dibendung, jangan menuduh kesilapan golongan yang berpelajaran tinggi kerana sikap itu tidak akan menyelesaikan masalah malah sikap itulah yang akan membuatkan sesetengah pihak bergaduh sesama sendiri.

Ulama memang berperanan dalam isu ini. Bahkan mereka dituntut untuk menanganinya. Antara usaha yang mereka lakukan ialah dengan memberi nasihat yang berguna kepada masyarakat melalui pelbagai saluran yang ada sama ada melalui media massa ataupun media cetak. Kadang-kala mereka menggunakan saluran alternatif seperti ceramah, penulisan dan sebagainya. Ade x kat tempat anda, mereka warwarkan isu ni dalam ceramah? Sape yang ade angkat tangan? hehe…

Kepada golongan remaja di luar sane, Kecenderungan untuk bersuka-suka dan bermewah-mewahan diistilahkan sebagai budaya hedonisme (Ha.. jadi adik2 dan semua pembaca dah tahu kan ape itu hedonisme?) Kene ingat tau, nanti Kak Sue tanye balik, sape tak dapat jawab, diri atas kerusi. (macam budak sekolah la pulak).

Jika kita lihat secara detail, budaya ini semakin hari semakin menular terutama kepada golongan remaja pada hari ini. Budaya ini menular bak “cendawan tumbuh selepas hujan”. Budaya yang mengutamakan aspek keseronokan diri seperti memiliki barangan yang berjenama ranggi, minum arak, berjudi, bermain muzik, berhibur di kelab-kelab malam dan sebagainya itu sememangnya mempesonakan dan menggiurkan golongan remaja. Ape sebab utama gejala ini? Ha… jawab jangan x jawab….. gejala ini berkemungkinan menular di kalangan remaja disebabkan pengaruh iklan, rakan-rakan serta keadaan persekitaran.

Kak Sue tahu, memang ramai yang sukakan kebendaan, kekayaan yang melimpah ruah dari sudut meterialistik. Tapi ingatlah kadang-kadang kebendaan dan keseronokkan itu hanya sementara sahaja kerana ia akan mengundang kecelakaan di kemudian hari. Ye, memang tidak dapat dinafikan bahawa keinginan untuk hidup senang dan mewah adalah sebahagian daripada naluri semula jadi manusia, namun bersuka-suka dan bermewah-mewahan secara berlebih-lebihan itu tidak boleh dibiarkan terus menular dalam masyarakat kita.

Ini kerana budaya hedonisme boleh mengakibatkan pelbagai gejala negatif. Di samping ia boleh menjerumuskan masyarakat ke dalam kancah jenayah, amalan berhutang dan fitnah menfitnah, budaya hedonisme juga berpotensi membuat manusia leka dan lalai daripada melaksanakan kewajipan hakikinya sebagai hamba Allah dan sebagai anggota keluarga ataupun anggota masyarakat. Fikirlah adik2, kita sebagai manusia diberi akal untuk berfikir yang mane baik, dan yang mane buruk. Maka, mengapa kita tidak menggunakan akal fikiran untuk melihat pelbagai perspektif dari sudut ini?

Kepada golongan remaja, sedarlah bahawa masih belum terlambat jika anda pulang ke pangkal jalan. Ingatlah! Sejarah telah memperlihatkan kepada kita bahawa bangsa yang lena dibuai dengan pelbagai kesenangan dan kemewahan hidup serta didodoikan dengan pelbagai jenis hiburan akan menjadi lalai dan alpa terhadap kewajipannya hatta menyebabkan mereka menjadi lemah dan terjajah. Pengajaran ini terungkap pada sejarah keruntuhan kerajaan Abbasiah, kerajaan Uthmaniah, kesultanan Melaka dan lain-lain lagi, di mana pemerintah dan rakyat lena dibuai kemakmuran negara sehingga lalai mengantisipasi ancaman musuh. Lalu, adakah anda mahu mencatat sejarah seperti bangsa2 ini? adakah anda mahu dijajah dengan pemikiran2 seperti itu? x cukup ke keperluan yang ade pada mase kini hingga budaya ini dijadikan sebahagian daripada kehidupan? fikirlah wahai pembaca sekelian, seperti mana yang anda tahu, itulah persoalannya…justeru, rungkaikanlah semua persoalan tersebut, moga ada jawapan di dalam diri anda sebagai anak watan Negara yang memperjuangkan agama, bangsa dan Negara.

Budaya hedonisme yang sedang menular dalam masyarakat kita hari ini turut mengakibatkan penyakit lalai di kalangan masyarakat. Sebagai contoh, seseorang yang asyik berhibur dengan berkaraoke dan bersuka ria bersama rakan-rakan di kelab-kelab malam tertentu akan dilalaikan oleh perbuatannya daripada melaksanakan kewajipannya terhadap Allah seperti bersembahyang, berpuasa dan sebagainya di samping lalai terhadap kewajipannnya terhadap sesama manusia seperti memberi perhatian yang sepenuhnya sama ada kepada ibu bapa mahupun kepada isteri dan anak-anak. Kadang-kadang Kak Sue terfikir, inikah yang dinamakan keseronokkan, kegembiraan dan kesenangan dengan budaya ini??? Jawapannya tidak, cuba anda bayangkan remaja2 yang minum arak hanya untuk bersuka ria tapi mereka tidak sedar bahawa arak itu telah mengkhayalkan diri, otak, akal dan lain-lain sehingga mereka memandu dalam keadaan mabuk dan meragut nyawa mereka serta nyawa orang lain. Adilkah begini?? Disebabkan setengah pihak yang terpengaruh dengan budaya ini, orang lain yang menjadi mangsa. Jadi adakah budaya hedonisme ini dinamakan keseronokkan atau budaya hidonisme ini penyebab kepada kecelakaan??? fikirkanlah! ambillah satu ruang supaya anda dapat merenung, dan memikirkan masa depan anda sekiranya berterusan dipengaruhi gejala ini. Kak Sue hanya mampu menasihati, jalan itu terletak di tangan anda, baik buruk masa depan juga, anda yang mampu mengubahnya….

Sesungguhnya syaitan telah berjanji akan melalaikan dan menyesatkan manusia daripada jalan Allah dengan apa cara sekalipun. Pelbagai kemewahan dan hiburan di dunia ini adalah senjata syaitan dan konco-konconya untuk menjerumuskan manusia kepada kelalaian dan kesesatan. Justeru, Allah menganjurkan kita semua supaya memikirkan hal ini dan berusaha menghindari diri daripada terpedaya dengan tipu daya syaitan seperti keseronokan hidup di dunia yang bersifat sementara ini. Jadi, pembaca semua janganlah jadi sahabat syaitan… Jadilah sahabat Kak Sue (hehe), moga2 kita boleh berkongsi pelbagai masalah dan menanganinya dengan berhemah.

Firman Allah dalam Surah Al-An’am ayat 32 yang bermaksud:
“Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan; dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakah kamu mahu berfikir?”

Firman-Nya lagi dalam Surah Ali Imran ayat 185 yang bermaksud:
“…Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya.”

Memang kita tidak dapat nafikan bahawa budaya hedonisme atau budaya berhibur ini turut dikesan semakin menjadi kegemaran di kalangan kaum remaja di negara ini. Masalah ini sangat berat dan membimbangkan kerana ia membabitkan golongan muda yang bakal mewarisi dan memimpin negara ini pada masa depan. Justeru, semua pihak haruslah berganding bahu dan memainkan peranan dalam mengatasi budaya ini. Tanggungjawab ini perlu diusahakan secara bersama kerana ia bukan hanya tanggungjawab kerajaan semata-mata. Ingatlah wahai pembaca, menyampaikan dakwah dan berpesan2 kepada kebaikkan adalah menjadi tanggungjawab semua masyarakat kerana negara ini adalah tanggungjawab kita bersama….

Dalam hubungan ini, kita harus sedar bahawa masalah sosial remaja berkait rapat dengan pembentukan budaya yang tentunya bermula dari rumah. Sehubungan itu, ibu bapa harus memainkan peranan utama dalam memastikan anak-anak tidak terpengaruh dengan budaya hidup yang tidak sihat seperti budaya bermewah-mewahan secara berlebih-lebihan yang mengundang banyak risiko kepada anak-anak itu sendiri di samping menimbulkan banyak masalah kepada keluarga, masyarakat dan negara.

Sungguhpun ada di kalangan pembaca yang barangkali berkemampuan untuk memberikan apa saja kepada anak-anak, namun perbuatan menyogokkan mereka dengan wang Ringgit serta pelbagai kemewahan bukanlah cara yang terbaik untuk mendidik dan menyayangi mereka kerana ia boleh menjadikan mereka bersikap materialistik dan lalai dalam menunaikan tanggungjawab. Sebaliknya, suburkanlah anak-anak ataupun golongan remaja kita dengan iman dan takwa melalui didikan yang sempurna serta berikanlah kasih sayang yang secukupnya. Moga2 kasih sayang itu menjadi lebih bermanfaat dalam membentuk generasi kita. Insya Allah.

Selain dari  ibu bapa, pertubuhan atau badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan perlu digerakkan bagi membentuk generasi remaja yang bersifat terbuka dan berlandaskan ajaran agama, budaya dan jati diri yang kukuh contohnya sepert JIM, ABIM, ISMA dan lain-lain. Pengetahuan serta pemahaman terhadap nilai budaya dan moral serta kupasan masalah sosial daripada kaca mata saintifik, tingkah laku dan sosial perlu diterapkan kepada remaja secara berterusan. Perkara ini sangat penting bagi Kak Sue kerana tanda keruntuhan nilai budaya dan moral di kalangan remaja semakin terasa dinegara ini.

Justeru itu, cara terbaik dan mustajab yang perlu pembaca ambil perhatian dalam menangani gejala sosial yang melanda masyarakat ini ialah dengan mentarbiah diri sendiri, anggota keluarga dan masyarakat supaya kembali kepada ajaran Islam. Segala petunjuk serta peringatan Allah dan Rasul-Nya haruslah diambil perhatian dan dihayati dengan bersungguh-sungguh ke arah membentuk diri lebih beriman dan bertakwa.

Firman Allah dalam Surah Al-Qiamah ayat 20-21 yang berbunyi:

Maksudnya:
“Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya. Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya).”

Oleh yang demikian,marilah kita bersama-sama berganding bahu untuk meneruskan usaha murni memastikan budaya hedonisme tidak mempengaruhi masyarakat kita pada hari ini. Moga-moga usaha yang anda curahkan mendapat ganjaran yang stimpal dari Allah s.w.t.

Ya Allah, permudahkanlah usaha kami dalam membentuk generasi yang beriman dan bertakwa, suburkanlah keimanan di kalangan hambamu dan bukakanlah pintu hati remeja-remaja yang terpengaruh dengan budaya hedonisme supaya mereka kembali menunaikan tanggungjawab mereka. Sedarkanlah diri mereka Ya Allah dari kelalaian, moga generasi akan datang dapat menjadi cendekiawan yang unggul di dunia dan di akhirat.
Wallahu a’alam

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.