Just another WordPress.com site

KAD KREDIT : KESENANGAN @ KESUSAHAN

Assalamualaikum, apa khabar semua? Semoga pembaca-pembaca mengisi masa dengan aktiviti yang berfaedah pada hari ini. Alhamdulillah, pada hari ini kita ditemukan lagi dalam laman blog Kak Sue. Moga2 anda tidak berasa bosan dengan celoteh Kak Sue dalam entry kali ini.

Ha… tentu semua pembaca terkejut dengan tajuk entry kali ini.kenape pulakla Kak Sue nak tulis pasal kad kredit ni. Padahal Kak Sue pun takde Kad kredit… huhu…betul x? memang betul. Secara jujurnya, Kak Sue memegang status sebagai seorang pelajar memang xde kad kredit ni… lain la kalau dah kerja macam pembaca2 semua. Buat adik2 yang membaca entry kali ini, jangan risau kalau anda x mempunyai kad kredit. Insya Allah satu hari nanti anda akan memilikinya apabila sudah berkerjaya….

 

Sebenarnya, tajuk entry pada kali ni timbul masa Kak Sue jalan-jalan untuk membeli keperluan dapur dengan keluarga ke pusat membeli belah, banyak yang Kak Sue lihat  jualan-jualan murah terpapar di iklan-iklan. Contohnya Harga Runtuh! Jualan Murah! Promosi Pembukaan! Jualan Gudang! Harga Borong! Harga Terendah! Lelong! Jualan Penghabisan Stok ! Tulisan-tulisan inilah yang menarik minat orang ramai untuk mengerumuni Pusat Membeli Belah, betul x? Mungkin anda adalah salah seorang daripadanya yang tertarik dengan tulisan2 ini. Trademark di atas seakan-akan sudah lali kita saksikan sebagai manisan di pintu masuk dan papan iklan di luar gedung membeli belah untuk melariskan jualan. Taktik halus menerusi iklan menarik serta kreatif yang digunakan peniaga sememangnya menjadi senjata utama untuk memastikan pengguna tertarik dengan promosi barangan.

 

Secara tak langsung pembeli-pembeli inilah yang menjadi mangsa pemborong-pemborong kedai untuk melariskan jualannya dalam masa yang singkat. Bagi sesetengah masyarakat yang suke berbelanja, memang x dapat dinafikan mereka juga terpaksa menggunakan kad kredit jika jumlah amount perbelanjaan terlalu banyak melebihi jangkaan masing-masing. Di sebabkan ralit berbelanja, mengambil barang tanpa berfikir terlebih dahulu, maka hal inilah yang akan membuatkan pembeli-pembeli x senang duduk disebabkan keterlanjuran dalam membeli belah.

Ha.. Kepada pembaca semua, mesti anda tahu ape kegunaan utama kad kredit? Kad kredit berfungsi sebagai pengganti kepada wang tunai. Sejak akhir-akhir ini, penggunaan kad kredit didapati semakin popular di kalangan masyarakat kita contohnya ahli perniagaan, kakitangan awam, kakitangan swasta dan yang paling utama ialah ahli perniagaan. Kini terdapat semakin banyak syarikat yang mengeluarkan kad kredit seperti American Express, Visa, dan Master Card. Menurut pendapat Menteri Kewangan Malaysia, penggunaan kad kredit merupakan pemangkin masalah inflasi yang sangat ketara. Di samping itu, beliau juga turut meramalkan bahawa bilangan pengguna kad kredit ni negara kita akan bertambah pada tahun-tahun  yang akan datang.

Dewasa ini, kita sering melihat kebanyakan masyarakat menggunakan kad kredit dari wang tunai. Antara faktor yang membuatkan masyarakat menggunakan kad kredit ialah mereka tidak membawa wang tunai terlalu banyak ketika membeli belah. Cuba anda bayangkan, pada satu-satu masa anda membeli belah dengan kadar RM 400. Tetapi jangkaan anda meleset kerana ketika di kaunter jumLah sebenar anda berbelanja dengan purata sekitar RM 500. Lalu, siapakah yang dapat membantu anda untuk membayar perbelanjaan tersebut? Jawapanya adalah kad kredit.

Tentunya selepas membaca kisah ini, semua pembaca akan berkata, “mudahnya menggunakan kad kredit dan kad kredit adalah penyelamat segala-galanya’.  Tapi Kak Sue ingin berpesan kepada semua pembaca di luar sana, ‘kesenangan itu amat mudah untuk dilihat tapi kesusahan itu menanti di penghujung jalan tanpa kita duga’. Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa banyak wang yang kita telah habiskan dalam kehidupan. Alangkah baiknya, sekiranya wang itu kita belanjakan ke arah perkara yang bermanfaat contohnya dari aspek pendidikan dan sebagainya. Namun, masyarakat kini tidak melihat dari perspektif tersebut malah mereka begitu mudah terpengaruh dengan papan-papan iklan yang membuatkan mereka begitu teruja untuk membeli belah.

Sesetengah masyarakat mendakwa bahawa jika seseorang itu tidak mempunyai kad kredit, maka beliau dikategorikan sebagai oang yang jumud dalam erti kata miskin dan ketinggalan zaman dalam teknologi canggih, tapi tahukah anda bahawa kad kredit adalah perkara utama yang menyebabkan masyarakat menghadapi risiko di bawa ke mahkamah dan diisytiharkan muflis?  Perkara ini tidak dapat dinafikan lagi kerana sesetengah masyarakat kita menggunakan kad kredit melebihi had yang ditetapkan dan tidak mampu membayarnya semula dengan pihak bank walaupun duit gaji telah ditolak untuk membayar hutang kad kredit tersebut. Dalam hasrat memperlihatkan gaya hidup mewah, ramai yang berbangga dengan adanya kad kredit tersebut. Akan tetapi, apabila kad kredit mereka menjadi punca utama kepada pemborosan dan pembaziran yang melebihi had, barulah mereka menyalahkan antara satu sama lain. Bak kata pepatah “sudah terhantuk, baru nak tengadah’.

Justeru, pengguna seharusnya lebih arif dengan kaedah menguruskan kad kredit tersebut. Pengurusan yang bijak amat penting kepada masyarakat supaya mereka menjadikan kad kredit sebagai alternatif perkhidmatan dan kemudahan untuk pembayaran hutang kereta serta perumahan tanpa menggunakan perkara tersebut ke arah pembaziran yang melampau.

ingatlah firman Allah yang berbunyi : sesungguhnya pembaziran itu adalah amalan syaitan.

Maka dengan itu, kita perlu menyedari risiko penggunaan kad kredit. Kak Sue ingin berpesan kepada semua pembaca yang mempunyai kad kredit, gunalah kad kredit secara berhemah, Insya Allah anda akan mendapat manfaat daripadanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s