Just another WordPress.com site

SUKARELAWAN ISLAM : SUKAR @ RELA?

Assalamualaikum. Apa khabar? Semoga semua pembaca blog dalam keadaan sihat. Alhamdulillah, bertemu lagi kita pada hari ini. Moga2 Allah memberi kelapangan masa kepada semua pembaca untuk melihat bingkisan blog yang serba ringkas ini. Mudah-mudahan input yang ingin Kak Sue kongsikan bermanfaat kepada semua.  Insya Allah pada hari ini Kak Sue akan kongsikan kepada pembaca semua mengenai Sukarelawan Islam.

Mungkin pembaca tertanya2, mengapa tajuk ini yang kak sue ingin kongsikan. Sebenarnya, di dada akhbar, telah banyak yang memperkatakan tentang sukarelawan. Terutaman Sukarelawan Islam dalam misi bantuan Gaza. Tapi, ape yang menarik dalam tajuk Kak Sue pada kali ini? Adakah sama seperti yang dinyatakan oleh akhbar  tempatan @ media massa…. Jadi…kalau pembaca semua nak tau, kenela bace dulu……

Sukarelawan adalah golongan individu yang bergiat aktif dalam melakukan kerja-kerja amal membatu masyarakat. Golongan ini bekerja tanpa mengira penat dan lelah, upah dan gaji yang lumayan, kerana mereka bersandarkan satu prinsip iaitu membantu mereka yang memerlukan pertolongan. Bak kata pepatah “ berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’.

Kebanyakan sukarelawan lahir daripada badan2 kerajaan, badan2 NGO, dan badan2 Swasta. Akan tetapi, terdapat juga golongan sukarelawan yang menjadi suri rumah sepenuh masa. Golongan ini mempunyai kesedaran yang amat tinggi untuk membantu masyarakat yang ditimpa musibah, kesusahan dan sebagainya.

Satu persoalan yang ingin Kak Sue ajukan kepada pembaca. Adakah kerja sebagai sukarelawan ini sangat sukar? Mungkin bagi anda yang belum pernah menjadi sukarelawan beranggapan bahawa kerja sebagai sukarelawan amat mudah. Namun demikian, pernahkah anda terfikir di dalam kerelaan sebagai insan sejagat, kebanyakan sukarelawan bergadai nyawa, harta, wang ringgit untuk membantu golongan masyarakat yang amat memerlukan. Mereka rela berkorban untuk membatu masyarakat walaupun mereka sedar bahawa tugas ini sangat berat.

Apa tidaknya, cuba anda bayangkan sukarelawan yang bertugas sebagai doktor perubatan, dalam masa yang sama menjadi ayah kepada beberapa orang anak, menjadi suami kepada isteri, menjadi datuk kepada beberapa orang cucu, menjadi mentua kepada beberapa orang menantu, menjadi majikan kepada beberapa orang pekerja, menjadi tempat rujukan kepada beberapa orang pesakit, menjadi khalifah untuk mengimarahkan bumi dan yang paling utama menjadi hamba dalam menunaikan tanggungjawab kepada Allah s.w.t. Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah ayat 21

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ ٱعۡبُدُواْ رَبَّكُمُ ٱلَّذِى خَلَقَكُمۡ وَٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ (٢١)

21. Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu Yang telah menciptakan kamu dan orang-orang Yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa.

Namun jika dilihat dari pelbagai perspektif, mereka inilah insan yang paling mulia dengan mengorbankan masa dan tenaga demi melihat masyarakat yang ditimpa musibah dibantu dari segi perubatan, ekonomi dan lain-lain.

Budaya ini seharusnya dibentuk dalam usaha untuk melahirkan masyarakat penyayang. Sebagaimana yang dilakukan oleh Saidina Abu Bakr R.A. yang pernah menolong beberapa orang anak kecil untuk memerah susu kambing. Ketika itu, anak-anak ini masih kecil dan tidak pandai untuk melakukan kerja tersebut. Namun, Saidina Abu Bakr merasakan bahawa beliau bertanggungjawab untuk membantu anak-anak tersebut dengan ikhlas kerana Allah Taala…

Secara fitrahnya, semua manusia adalah bersifat penyayang contohnya masyarakat Malaysia namun disebabkan beberapa faktor persekitaran dan pendidikan yang diterima,maka golongan masyarakat itu boleh bertukar daripada suatu komuniti yang bekerjasama rapat dan prihatin kepada keadaan individualistik dan tidak memperdulikan keadaan yang terjadi di sekeliling mereka walaupun jiran tetangga.

Wahai pembaca yang budiman, sedarlah bahawa budaya bermasyarakat adalah sebuah kehidupan yang diertikan sebagai kehidupan berkelompok dan saling tolong menolong antara satu sama lain. Justeru itu,Kak Sue menyeru kepada semua pembaca dan diri kak Sue sendiri, sedarlah bahawa sikap tolong-menolog itu adalah satu usaha yang murni dan janganlah memandang serong kepada golongan sukarelawan sebaliknya contohilah mereka dalam setiap amalan kebajikan yang mereka lakukan. Sebagaimana firman Allah dalam Surah Al-Maidah ayat 2:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تُحِلُّواْ شَعَـٰٓٮِٕرَ ٱللَّهِ وَلَا ٱلشَّہۡرَ ٱلۡحَرَامَ وَلَا ٱلۡهَدۡىَ وَلَا ٱلۡقَلَـٰٓٮِٕدَ وَلَآ ءَآمِّينَ ٱلۡبَيۡتَ ٱلۡحَرَامَ يَبۡتَغُونَ فَضۡلاً۬ مِّن رَّبِّہِمۡ وَرِضۡوَٲنً۬ا‌ۚ وَإِذَا حَلَلۡتُمۡ فَٱصۡطَادُواْ‌ۚ وَلَا يَجۡرِمَنَّكُمۡ شَنَـَٔانُ قَوۡمٍ أَن صَدُّوڪُمۡ عَنِ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ أَن تَعۡتَدُواْ‌ۘ وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰ‌ۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٲنِ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ (٢)

2. dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa Yang melanggar perintahNya).

Sesungguhnya Islam amat menggalakkan umatnya terlibat dalam kerja-kerja amal seperti yang dilakukan oleh sukarelawan Islam,malangnya tidak ramai yang menyahut seruan tersebut. Renunglah dan ingatlah bahawa setiap amalan kebajikan yang dilakukan hatta sebesar zarah sekalipun, Allah akan menilainya dan kita akan mendapat ganjaran yang banyak dari Allah s.w.t. Sebagaimana Firman Allah dalam Surah Al-Zalzalah ayat 7-8:

فَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ خَيۡرً۬ا يَرَهُ ۥ (٧) وَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ۬ شَرًّ۬ا يَرَهُ ۥ (٨)

maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

Jadikanlah ayat diatas sebagai renungan, moga-moga dengan ayat tersebut akan menguatkan keazaman kita untuk membantu masyarakat yang amat memerlukan sokongan dan bantuan tidak kira dari aspek khidmat nasihat, sokongan moral, kebajikan, kewangan dan sebagainya.

Justeru, dalam konteks sukarelawan Islam, apa yang penting ialah keinginan untuk membantu golongan yang memerlukan, pengurusan masa yang bijak selain dari melakukan aktiviti-aktiviti yang berlandaskan Syariat Islam. Jadikanlah kerja-kerja sukarela sebagai wadah untuk menyatakan rasa kesyukuran terhadap segala nikmat pemberian dari Allah. Secara tidak langsung, perkara ini akan mengubah persepsi negatif yang dilemparkan kepada sukarelawan Islam yang kononnya lesu dan tidak tersusun organisasinya.

Wahai saudara saudari, Kak Sue menyeru kepada anda, gunakanlah nikmat-nikmat yang Allah berikan untukmembantu golongan yang memerlukan. Janganlah bersikap acuh tak acuh dan tidak ambil pusing kepada masyarakat sekeliling. Sesungguhnya Allah berikan kenikmatan itu supaya kita dapat berkonsi antara satu sama lain. Oleh yang demikian, tanamlah sifat sukarela secara sistematik bukan kerana keadaannya sukar @ rela, tapi kerana Allah s.w.t.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s