Just another WordPress.com site

Latest

BUDAYA HEDONISME : KESERONOKKAN @ KECELAKAAN

Assalamualaikum. Apa Khabar kepada semua pembaca di alam maya. Kak Sue harap semoga semua pembaca mengucapkan syukur ke hadrat Illahi kerana kita diberi nafas pada hari ini untuk mengerjakan amalan lebih baik daripada semalam. Kak Sue menyeru kepada golongan remaja, bacalah entry ini semoga ianya bermanfaat kepada anda….. 

Ha…. tentu anda tertunggu-tunggu apa ajuk kak Sue pada kali ini kan? Pernah dengar tak hedonisme? Ape tu? Boleh jelaskan pada Kak Sue?

Kepada semua pembaca di luar sana. Pertama sekali, kak Sue nak semua membaca entry ini dengan penuh teliti kerana budaya ini telah menular di kalangan masyarakat kita. Tetapi tidak ramai yang mengambil tahu tentang hal ini disebabkan kekangan masa dan lain-lain. Jadi, di tengah kesibukkan anda bekerja, belajar, mengajar dan sebagainya tenung-tenunglah budaya yang ada di luar sana. Mungkin pada hari ini budaya ini tidak mempengaruhi anda semua, tapi sape tahu jika budaya ini mempengaruhi anak-anak anda di kemudian hari?????

Hari ini kita dikejutkan dengan budaya hedonisme yang boleh dianggap sebagai melampau yang dianjurkan oleh pihak2 yang hanya mementingkan keuntungan daripada memikirkan kesan yang akan diperolehi terutamanya terhadap golongan muda-mudi(melayu-islam). Lalu Kak Sue tertanya-tanya ke mana perginya golongan ulama dalam menangani isu ini? Adik2 tepuk dada tanya iman, sebenarnye golongan ulama telah berperanan dalam menangani isu ini, tapi kita sebagai masyarakat awam selalu menuduh mereka tidak menjalankan tanggungjawab. Betul x? Mungkin pembaca yang sudah melalui zaman remaja, sangat mengerti situasi ini. Sekiranya sesuatu itu berlaku, dan budaya itu tidak dapat dibendung, jangan menuduh kesilapan golongan yang berpelajaran tinggi kerana sikap itu tidak akan menyelesaikan masalah malah sikap itulah yang akan membuatkan sesetengah pihak bergaduh sesama sendiri.

Ulama memang berperanan dalam isu ini. Bahkan mereka dituntut untuk menanganinya. Antara usaha yang mereka lakukan ialah dengan memberi nasihat yang berguna kepada masyarakat melalui pelbagai saluran yang ada sama ada melalui media massa ataupun media cetak. Kadang-kala mereka menggunakan saluran alternatif seperti ceramah, penulisan dan sebagainya. Ade x kat tempat anda, mereka warwarkan isu ni dalam ceramah? Sape yang ade angkat tangan? hehe…

Kepada golongan remaja di luar sane, Kecenderungan untuk bersuka-suka dan bermewah-mewahan diistilahkan sebagai budaya hedonisme (Ha.. jadi adik2 dan semua pembaca dah tahu kan ape itu hedonisme?) Kene ingat tau, nanti Kak Sue tanye balik, sape tak dapat jawab, diri atas kerusi. (macam budak sekolah la pulak).

Jika kita lihat secara detail, budaya ini semakin hari semakin menular terutama kepada golongan remaja pada hari ini. Budaya ini menular bak “cendawan tumbuh selepas hujan”. Budaya yang mengutamakan aspek keseronokan diri seperti memiliki barangan yang berjenama ranggi, minum arak, berjudi, bermain muzik, berhibur di kelab-kelab malam dan sebagainya itu sememangnya mempesonakan dan menggiurkan golongan remaja. Ape sebab utama gejala ini? Ha… jawab jangan x jawab….. gejala ini berkemungkinan menular di kalangan remaja disebabkan pengaruh iklan, rakan-rakan serta keadaan persekitaran.

Kak Sue tahu, memang ramai yang sukakan kebendaan, kekayaan yang melimpah ruah dari sudut meterialistik. Tapi ingatlah kadang-kadang kebendaan dan keseronokkan itu hanya sementara sahaja kerana ia akan mengundang kecelakaan di kemudian hari. Ye, memang tidak dapat dinafikan bahawa keinginan untuk hidup senang dan mewah adalah sebahagian daripada naluri semula jadi manusia, namun bersuka-suka dan bermewah-mewahan secara berlebih-lebihan itu tidak boleh dibiarkan terus menular dalam masyarakat kita.

Ini kerana budaya hedonisme boleh mengakibatkan pelbagai gejala negatif. Di samping ia boleh menjerumuskan masyarakat ke dalam kancah jenayah, amalan berhutang dan fitnah menfitnah, budaya hedonisme juga berpotensi membuat manusia leka dan lalai daripada melaksanakan kewajipan hakikinya sebagai hamba Allah dan sebagai anggota keluarga ataupun anggota masyarakat. Fikirlah adik2, kita sebagai manusia diberi akal untuk berfikir yang mane baik, dan yang mane buruk. Maka, mengapa kita tidak menggunakan akal fikiran untuk melihat pelbagai perspektif dari sudut ini?

Kepada golongan remaja, sedarlah bahawa masih belum terlambat jika anda pulang ke pangkal jalan. Ingatlah! Sejarah telah memperlihatkan kepada kita bahawa bangsa yang lena dibuai dengan pelbagai kesenangan dan kemewahan hidup serta didodoikan dengan pelbagai jenis hiburan akan menjadi lalai dan alpa terhadap kewajipannya hatta menyebabkan mereka menjadi lemah dan terjajah. Pengajaran ini terungkap pada sejarah keruntuhan kerajaan Abbasiah, kerajaan Uthmaniah, kesultanan Melaka dan lain-lain lagi, di mana pemerintah dan rakyat lena dibuai kemakmuran negara sehingga lalai mengantisipasi ancaman musuh. Lalu, adakah anda mahu mencatat sejarah seperti bangsa2 ini? adakah anda mahu dijajah dengan pemikiran2 seperti itu? x cukup ke keperluan yang ade pada mase kini hingga budaya ini dijadikan sebahagian daripada kehidupan? fikirlah wahai pembaca sekelian, seperti mana yang anda tahu, itulah persoalannya…justeru, rungkaikanlah semua persoalan tersebut, moga ada jawapan di dalam diri anda sebagai anak watan Negara yang memperjuangkan agama, bangsa dan Negara.

Budaya hedonisme yang sedang menular dalam masyarakat kita hari ini turut mengakibatkan penyakit lalai di kalangan masyarakat. Sebagai contoh, seseorang yang asyik berhibur dengan berkaraoke dan bersuka ria bersama rakan-rakan di kelab-kelab malam tertentu akan dilalaikan oleh perbuatannya daripada melaksanakan kewajipannya terhadap Allah seperti bersembahyang, berpuasa dan sebagainya di samping lalai terhadap kewajipannnya terhadap sesama manusia seperti memberi perhatian yang sepenuhnya sama ada kepada ibu bapa mahupun kepada isteri dan anak-anak. Kadang-kadang Kak Sue terfikir, inikah yang dinamakan keseronokkan, kegembiraan dan kesenangan dengan budaya ini??? Jawapannya tidak, cuba anda bayangkan remaja2 yang minum arak hanya untuk bersuka ria tapi mereka tidak sedar bahawa arak itu telah mengkhayalkan diri, otak, akal dan lain-lain sehingga mereka memandu dalam keadaan mabuk dan meragut nyawa mereka serta nyawa orang lain. Adilkah begini?? Disebabkan setengah pihak yang terpengaruh dengan budaya ini, orang lain yang menjadi mangsa. Jadi adakah budaya hedonisme ini dinamakan keseronokkan atau budaya hidonisme ini penyebab kepada kecelakaan??? fikirkanlah! ambillah satu ruang supaya anda dapat merenung, dan memikirkan masa depan anda sekiranya berterusan dipengaruhi gejala ini. Kak Sue hanya mampu menasihati, jalan itu terletak di tangan anda, baik buruk masa depan juga, anda yang mampu mengubahnya….

Sesungguhnya syaitan telah berjanji akan melalaikan dan menyesatkan manusia daripada jalan Allah dengan apa cara sekalipun. Pelbagai kemewahan dan hiburan di dunia ini adalah senjata syaitan dan konco-konconya untuk menjerumuskan manusia kepada kelalaian dan kesesatan. Justeru, Allah menganjurkan kita semua supaya memikirkan hal ini dan berusaha menghindari diri daripada terpedaya dengan tipu daya syaitan seperti keseronokan hidup di dunia yang bersifat sementara ini. Jadi, pembaca semua janganlah jadi sahabat syaitan… Jadilah sahabat Kak Sue (hehe), moga2 kita boleh berkongsi pelbagai masalah dan menanganinya dengan berhemah.

Firman Allah dalam Surah Al-An’am ayat 32 yang bermaksud:
“Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan; dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakah kamu mahu berfikir?”

Firman-Nya lagi dalam Surah Ali Imran ayat 185 yang bermaksud:
“…Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya.”

Memang kita tidak dapat nafikan bahawa budaya hedonisme atau budaya berhibur ini turut dikesan semakin menjadi kegemaran di kalangan kaum remaja di negara ini. Masalah ini sangat berat dan membimbangkan kerana ia membabitkan golongan muda yang bakal mewarisi dan memimpin negara ini pada masa depan. Justeru, semua pihak haruslah berganding bahu dan memainkan peranan dalam mengatasi budaya ini. Tanggungjawab ini perlu diusahakan secara bersama kerana ia bukan hanya tanggungjawab kerajaan semata-mata. Ingatlah wahai pembaca, menyampaikan dakwah dan berpesan2 kepada kebaikkan adalah menjadi tanggungjawab semua masyarakat kerana negara ini adalah tanggungjawab kita bersama….

Dalam hubungan ini, kita harus sedar bahawa masalah sosial remaja berkait rapat dengan pembentukan budaya yang tentunya bermula dari rumah. Sehubungan itu, ibu bapa harus memainkan peranan utama dalam memastikan anak-anak tidak terpengaruh dengan budaya hidup yang tidak sihat seperti budaya bermewah-mewahan secara berlebih-lebihan yang mengundang banyak risiko kepada anak-anak itu sendiri di samping menimbulkan banyak masalah kepada keluarga, masyarakat dan negara.

Sungguhpun ada di kalangan pembaca yang barangkali berkemampuan untuk memberikan apa saja kepada anak-anak, namun perbuatan menyogokkan mereka dengan wang Ringgit serta pelbagai kemewahan bukanlah cara yang terbaik untuk mendidik dan menyayangi mereka kerana ia boleh menjadikan mereka bersikap materialistik dan lalai dalam menunaikan tanggungjawab. Sebaliknya, suburkanlah anak-anak ataupun golongan remaja kita dengan iman dan takwa melalui didikan yang sempurna serta berikanlah kasih sayang yang secukupnya. Moga2 kasih sayang itu menjadi lebih bermanfaat dalam membentuk generasi kita. Insya Allah.

Selain dari  ibu bapa, pertubuhan atau badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan perlu digerakkan bagi membentuk generasi remaja yang bersifat terbuka dan berlandaskan ajaran agama, budaya dan jati diri yang kukuh contohnya sepert JIM, ABIM, ISMA dan lain-lain. Pengetahuan serta pemahaman terhadap nilai budaya dan moral serta kupasan masalah sosial daripada kaca mata saintifik, tingkah laku dan sosial perlu diterapkan kepada remaja secara berterusan. Perkara ini sangat penting bagi Kak Sue kerana tanda keruntuhan nilai budaya dan moral di kalangan remaja semakin terasa dinegara ini.

Justeru itu, cara terbaik dan mustajab yang perlu pembaca ambil perhatian dalam menangani gejala sosial yang melanda masyarakat ini ialah dengan mentarbiah diri sendiri, anggota keluarga dan masyarakat supaya kembali kepada ajaran Islam. Segala petunjuk serta peringatan Allah dan Rasul-Nya haruslah diambil perhatian dan dihayati dengan bersungguh-sungguh ke arah membentuk diri lebih beriman dan bertakwa.

Firman Allah dalam Surah Al-Qiamah ayat 20-21 yang berbunyi:

Maksudnya:
“Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya. Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya).”

Oleh yang demikian,marilah kita bersama-sama berganding bahu untuk meneruskan usaha murni memastikan budaya hedonisme tidak mempengaruhi masyarakat kita pada hari ini. Moga-moga usaha yang anda curahkan mendapat ganjaran yang stimpal dari Allah s.w.t.

Ya Allah, permudahkanlah usaha kami dalam membentuk generasi yang beriman dan bertakwa, suburkanlah keimanan di kalangan hambamu dan bukakanlah pintu hati remeja-remaja yang terpengaruh dengan budaya hedonisme supaya mereka kembali menunaikan tanggungjawab mereka. Sedarkanlah diri mereka Ya Allah dari kelalaian, moga generasi akan datang dapat menjadi cendekiawan yang unggul di dunia dan di akhirat.
Wallahu a’alam

SUKARELAWAN ISLAM : SUKAR @ RELA?

Assalamualaikum. Apa khabar? Semoga semua pembaca blog dalam keadaan sihat. Alhamdulillah, bertemu lagi kita pada hari ini. Moga2 Allah memberi kelapangan masa kepada semua pembaca untuk melihat bingkisan blog yang serba ringkas ini. Mudah-mudahan input yang ingin Kak Sue kongsikan bermanfaat kepada semua.  Insya Allah pada hari ini Kak Sue akan kongsikan kepada pembaca semua mengenai Sukarelawan Islam.

Mungkin pembaca tertanya2, mengapa tajuk ini yang kak sue ingin kongsikan. Sebenarnya, di dada akhbar, telah banyak yang memperkatakan tentang sukarelawan. Terutaman Sukarelawan Islam dalam misi bantuan Gaza. Tapi, ape yang menarik dalam tajuk Kak Sue pada kali ini? Adakah sama seperti yang dinyatakan oleh akhbar  tempatan @ media massa…. Jadi…kalau pembaca semua nak tau, kenela bace dulu……

Sukarelawan adalah golongan individu yang bergiat aktif dalam melakukan kerja-kerja amal membatu masyarakat. Golongan ini bekerja tanpa mengira penat dan lelah, upah dan gaji yang lumayan, kerana mereka bersandarkan satu prinsip iaitu membantu mereka yang memerlukan pertolongan. Bak kata pepatah “ berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’.

Kebanyakan sukarelawan lahir daripada badan2 kerajaan, badan2 NGO, dan badan2 Swasta. Akan tetapi, terdapat juga golongan sukarelawan yang menjadi suri rumah sepenuh masa. Golongan ini mempunyai kesedaran yang amat tinggi untuk membantu masyarakat yang ditimpa musibah, kesusahan dan sebagainya.

Satu persoalan yang ingin Kak Sue ajukan kepada pembaca. Adakah kerja sebagai sukarelawan ini sangat sukar? Mungkin bagi anda yang belum pernah menjadi sukarelawan beranggapan bahawa kerja sebagai sukarelawan amat mudah. Namun demikian, pernahkah anda terfikir di dalam kerelaan sebagai insan sejagat, kebanyakan sukarelawan bergadai nyawa, harta, wang ringgit untuk membantu golongan masyarakat yang amat memerlukan. Mereka rela berkorban untuk membatu masyarakat walaupun mereka sedar bahawa tugas ini sangat berat.

Apa tidaknya, cuba anda bayangkan sukarelawan yang bertugas sebagai doktor perubatan, dalam masa yang sama menjadi ayah kepada beberapa orang anak, menjadi suami kepada isteri, menjadi datuk kepada beberapa orang cucu, menjadi mentua kepada beberapa orang menantu, menjadi majikan kepada beberapa orang pekerja, menjadi tempat rujukan kepada beberapa orang pesakit, menjadi khalifah untuk mengimarahkan bumi dan yang paling utama menjadi hamba dalam menunaikan tanggungjawab kepada Allah s.w.t. Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah ayat 21

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ ٱعۡبُدُواْ رَبَّكُمُ ٱلَّذِى خَلَقَكُمۡ وَٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ (٢١)

21. Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu Yang telah menciptakan kamu dan orang-orang Yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa.

Namun jika dilihat dari pelbagai perspektif, mereka inilah insan yang paling mulia dengan mengorbankan masa dan tenaga demi melihat masyarakat yang ditimpa musibah dibantu dari segi perubatan, ekonomi dan lain-lain.

Budaya ini seharusnya dibentuk dalam usaha untuk melahirkan masyarakat penyayang. Sebagaimana yang dilakukan oleh Saidina Abu Bakr R.A. yang pernah menolong beberapa orang anak kecil untuk memerah susu kambing. Ketika itu, anak-anak ini masih kecil dan tidak pandai untuk melakukan kerja tersebut. Namun, Saidina Abu Bakr merasakan bahawa beliau bertanggungjawab untuk membantu anak-anak tersebut dengan ikhlas kerana Allah Taala…

Secara fitrahnya, semua manusia adalah bersifat penyayang contohnya masyarakat Malaysia namun disebabkan beberapa faktor persekitaran dan pendidikan yang diterima,maka golongan masyarakat itu boleh bertukar daripada suatu komuniti yang bekerjasama rapat dan prihatin kepada keadaan individualistik dan tidak memperdulikan keadaan yang terjadi di sekeliling mereka walaupun jiran tetangga.

Wahai pembaca yang budiman, sedarlah bahawa budaya bermasyarakat adalah sebuah kehidupan yang diertikan sebagai kehidupan berkelompok dan saling tolong menolong antara satu sama lain. Justeru itu,Kak Sue menyeru kepada semua pembaca dan diri kak Sue sendiri, sedarlah bahawa sikap tolong-menolog itu adalah satu usaha yang murni dan janganlah memandang serong kepada golongan sukarelawan sebaliknya contohilah mereka dalam setiap amalan kebajikan yang mereka lakukan. Sebagaimana firman Allah dalam Surah Al-Maidah ayat 2:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تُحِلُّواْ شَعَـٰٓٮِٕرَ ٱللَّهِ وَلَا ٱلشَّہۡرَ ٱلۡحَرَامَ وَلَا ٱلۡهَدۡىَ وَلَا ٱلۡقَلَـٰٓٮِٕدَ وَلَآ ءَآمِّينَ ٱلۡبَيۡتَ ٱلۡحَرَامَ يَبۡتَغُونَ فَضۡلاً۬ مِّن رَّبِّہِمۡ وَرِضۡوَٲنً۬ا‌ۚ وَإِذَا حَلَلۡتُمۡ فَٱصۡطَادُواْ‌ۚ وَلَا يَجۡرِمَنَّكُمۡ شَنَـَٔانُ قَوۡمٍ أَن صَدُّوڪُمۡ عَنِ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ أَن تَعۡتَدُواْ‌ۘ وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰ‌ۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٲنِ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ (٢)

2. dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa Yang melanggar perintahNya).

Sesungguhnya Islam amat menggalakkan umatnya terlibat dalam kerja-kerja amal seperti yang dilakukan oleh sukarelawan Islam,malangnya tidak ramai yang menyahut seruan tersebut. Renunglah dan ingatlah bahawa setiap amalan kebajikan yang dilakukan hatta sebesar zarah sekalipun, Allah akan menilainya dan kita akan mendapat ganjaran yang banyak dari Allah s.w.t. Sebagaimana Firman Allah dalam Surah Al-Zalzalah ayat 7-8:

فَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ خَيۡرً۬ا يَرَهُ ۥ (٧) وَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ۬ شَرًّ۬ا يَرَهُ ۥ (٨)

maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

Jadikanlah ayat diatas sebagai renungan, moga-moga dengan ayat tersebut akan menguatkan keazaman kita untuk membantu masyarakat yang amat memerlukan sokongan dan bantuan tidak kira dari aspek khidmat nasihat, sokongan moral, kebajikan, kewangan dan sebagainya.

Justeru, dalam konteks sukarelawan Islam, apa yang penting ialah keinginan untuk membantu golongan yang memerlukan, pengurusan masa yang bijak selain dari melakukan aktiviti-aktiviti yang berlandaskan Syariat Islam. Jadikanlah kerja-kerja sukarela sebagai wadah untuk menyatakan rasa kesyukuran terhadap segala nikmat pemberian dari Allah. Secara tidak langsung, perkara ini akan mengubah persepsi negatif yang dilemparkan kepada sukarelawan Islam yang kononnya lesu dan tidak tersusun organisasinya.

Wahai saudara saudari, Kak Sue menyeru kepada anda, gunakanlah nikmat-nikmat yang Allah berikan untukmembantu golongan yang memerlukan. Janganlah bersikap acuh tak acuh dan tidak ambil pusing kepada masyarakat sekeliling. Sesungguhnya Allah berikan kenikmatan itu supaya kita dapat berkonsi antara satu sama lain. Oleh yang demikian, tanamlah sifat sukarela secara sistematik bukan kerana keadaannya sukar @ rela, tapi kerana Allah s.w.t.

TA’ADDUD AZ-ZAWAJ

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah bertemu lagi kita pada entry ke7 Kak Sue. Semoga Allah memberikan nikmat kesihatan yang berpanjangan buat semua pembaca di luar sana. Ha…. Aktiviti apa pada hari ini yang anda lakukan? Mungkin ada yang mengisi masanya dengan rehlah bersama keluarga atau sahabat handai, mungkin ada yang mengi masa dengan membeli belah untuk barangan keperluan, mungkin juga ada yang tengah study untuk exam. Betul x?

xkira apa yang anda lakukan, semoga Allah merahmati anda semua.. Insya Allah pada hari ini, Kak Sue nak berkongsi satu topic. Mungkin ade sesetengah pembaca yang menyukai topic ini,mungkin juga ade yang x. Tapi Kak Sue harap same-samela kita berkongsi dan mengambil manfaat daripadanya.. Insya Allah..

Tajuk entry pada kali ini berkisarkan mengenai TA’ADDUD AZ-ZAWAJ. Adik2 atau pembaca tahu x apa yang dimaksudkan dengan ta’addud az-zawaj????

Tajuk ini mengenai poligami dan kedudukannya di sisi Islam. Tak dapat dinafikan, semua pembaca tahu ape itu poligami. Betul x? Kalau Kak Sue tanye ape itu poligami, mesti ramai yang jawab begini (poligami itu ialah berkahwin lebih dari satu isteri) dot…..dot…. dot….

Tahukah pembaca bahawa suami mempunyai hak dalam institusi kekeluargaan? Ha… itulah kuota sebagai lelaki, mesti anda berasa bertuah kan dilahirkan menjadi lelaki…Antara hak suami ialah suami boleh mengambil wanita sebagai isterinya tidak melebihi 4 orang asalkan beliau yakin boleh berlaku adil terhadap kesemua isterinya… Bukan senang tau saudara saudari nak berlaku adil kepada semua isteri, cuba anda bayangkan jika isteri pertama mempunyai kerenah yang bermacam-macam, isteri kedua pulak mempunyai sikap x mesra alam, isteri ketiga pulak dengan kerenah anak yang suka bergaduh manakala isteri keempat dengan perangai yang suka berdandan xkira masa dan cemburu xbertempat. Ha… macammane tu nak menangani keempat-empat orang isteri dalam masa yang sama? Fikirlah sendiri, ape ubatnya….xdapat Kak Sue nak menolong….

Poligami ini diakui oleh Al-Quran, Sunnah Nabi s.a.w, dan para fuqaha, sebagaimana firman Allah s.w.t dalam Surah An-Nisa ayat 3:

وَإِنۡ خِفۡتُمۡ أَلَّا تُقۡسِطُواْ فِى ٱلۡيَتَـٰمَىٰ فَٱنكِحُواْ مَا طَابَ لَكُم مِّنَ ٱلنِّسَآءِ مَثۡنَىٰ وَثُلَـٰثَ وَرُبَـٰعَ‌ۖ فَإِنۡ خِفۡتُمۡ أَلَّا تَعۡدِلُواْ فَوَٲحِدَةً أَوۡ مَا مَلَكَتۡ أَيۡمَـٰنُكُمۡ‌ۚ ذَٲلِكَ أَدۡنَىٰٓ أَلَّا تَعُولُواْ (٣)

3. dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin Dengan mereka), maka berkahwinlah Dengan sesiapa Yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan Yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.

Renunglah ayat ini wahai pembaca, moga2 ayat ini memberi manfaat kepada anda untuk dijadikan iktibar pada mase akan datang.. Kak Sue nak tanye satu soalan pada pembaca yang lelaki ni. Apa hukumnya poligami? Pada yang berkahwin mestilah tahu kerana anda kan dah ambik kursus kahwin, betul x? Poligami ni hukumnya tidak wajib dan tidak sunat… jadi ape? Poligami diharuskan di dalam Islam. Dalam perlaksanaan poligami, ia bergantung kepada individu. Kalau pembaca rasa pembaca layak untuk berpoligami, silakanlah tapi ade syarat-syaratnye, jangan pakai redah je… xboleh tau…

Jika saudara merasakan bahawa harta saudara melimpah ruah dan terlampau banyak serta boleh menanggung isteri lebih daripada seorang dari segi nafkah zahir dan batin, dan saudara juga merasakan saudara mampu berlaku adil terhadap isteri pertama, maka saudara dibolehkan berpoligami. Tapi, ingatlah! sekiranya saudara merasakan bahawa dengan poligami dikhuatiri akan membawa kerosakkan maka yang lebih utama ialah saudara perlu meninggalkannya.

Kepada pembaca yang budiman, setiap perkara yang disyariatkan Allah mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Kadang-kadang Kak Sue pun terfikir kenapa poligami ini membuatkan banyak keluarga berpecah-belah???? Tapi sapelah kita nak menentang hukum Allah, setiap perkara itu ade kebaikannya. Mungkin hari ni kita x nampak, sape tahu di masa akan datang, barulah kita melihat betapa banyaknya kelebihan dari poligami. Kita hanya merancang, sebaliknya Allah yang menentukan. Jika saudara saudari melihat di Institusi Pengajian Tinggi sendiri,  perempuan lebih banyak dari lelaki. Tak pernah ke pembaca terfikir mane perginya lelaki di negara ini??? Kenapa wanita yang mendominasi setiap pekerjaan di dunia ini?? Ha… Kalau anda berfikir macam tu, kak Sue pun sama macam anda semua.. Agak2 la kat mane dorang ni ek??? Entahlah Kak Sue pun takde jawapannya. Mungkin mereka lebih suka bekerja dari belajar, mungkin mereka melihat pekerjaan dari perspektif yang berbeza. Sape tahu kan?

Saudara saudari, Islam adalah agama yang syumul, lengkap dengan segala panduan dan hukum hakam Allah s.wt. Oleh itu Islam datang membawa undang-undang yang lengkap, abadi dan memberi kesejahteraan kepada semua manusia. Islam tidak hanya membuat hukum hakam hanya untuk orang bandar sahaja tetapi Islam tidak melupakan orang desa, golongan susah dan golongan yang senang. Islam juga mementingkan kemaslahatan masyarakat daripada kepentingan individu. Subhanallah! Itulah kelebihan agama kita yang tiada tolok bandingannya.

Terdapat beberapa keadaan yang mendorong kepada poligami. Ha…. ape dia saudara2? Jawab jangan x jawab…Antara keadaan2 yang mendorong kepada poligami ialah:

  1. Perkahwinan pertama tidak menghasilkan anak
  2. Isteri pertama sakit dan memerlukan orang lain untuk menguruskannya serta suami dan anak-anak.
  3. Ada sebab2 tertentu yang menghalang ia dari memuaskan suaminya dari segi hubungan kelamin.
  4. Keadaan2 tertentu saperti terlalu ramai wanita contohnya selepas peperangan.

Justeru itu, kita sebagai manusia haruslah melihat perspektif ini dengan berhikmah kerana kebanyakan di antara kita menyalahkan hukum Allah dengan adenya kebenaran berpoligami. Realiti pada masa kini yang ingin Kak Sue kongsikan ialah kebanyakan di antara lelaki tidak mampu berlaku adil terhadap isteri-isterinya. Kebanyakan di antara mereka bersikap berat sebelah dan inilah penyebab yang menimbulkan keadaan huru-hara di alam rumahtangga. Ingatlah, orang yang susah bersama dengan kita dan orang yang senang tidak melupakan kita, insan inilah yang banyak menabur budi kepada kita.

Saudara, jika anda merasakan diri anda layak untuk berpoligami,maka tunaikanlah segala hukum-hukum Allah, moga poligami itu memudahkan diri anda, dan anda tergolong dalam orang yang berlaku adil kepada masyarakat. Jika anda berkahwin lebih dari seorang, ingatlah tanggungjawab anda semakin berat. Kak Sue nak nasihatkan kepada golongan lelaki di luar sane, betulkanlah niat supaya Allah meredhai apa yang anda lakukan, berbaktilah kepada semua isteri termasuk isteri pertama. Janganlah bersikap angkuh dan sombong kerana tanpa mereka siapalah anda di mata masyarakat. Bak kata pepatah “habis madu sepah dibuang”. Janganlah bersikap seperti itu, kerana Allah telah memberi amanah kepada suami untuk menjaga isteri dan anak-anaknya ke arah perkara-perkara yang diredhai. Berilah sesuatu itu kepada yang berhak untuk menerimanya moga Allah mempermudahkan segala urusan kita di dunia dan diakhirat. Insya Allah.

KAD KREDIT : KESENANGAN @ KESUSAHAN

Assalamualaikum, apa khabar semua? Semoga pembaca-pembaca mengisi masa dengan aktiviti yang berfaedah pada hari ini. Alhamdulillah, pada hari ini kita ditemukan lagi dalam laman blog Kak Sue. Moga2 anda tidak berasa bosan dengan celoteh Kak Sue dalam entry kali ini.

Ha… tentu semua pembaca terkejut dengan tajuk entry kali ini.kenape pulakla Kak Sue nak tulis pasal kad kredit ni. Padahal Kak Sue pun takde Kad kredit… huhu…betul x? memang betul. Secara jujurnya, Kak Sue memegang status sebagai seorang pelajar memang xde kad kredit ni… lain la kalau dah kerja macam pembaca2 semua. Buat adik2 yang membaca entry kali ini, jangan risau kalau anda x mempunyai kad kredit. Insya Allah satu hari nanti anda akan memilikinya apabila sudah berkerjaya….

 

Sebenarnya, tajuk entry pada kali ni timbul masa Kak Sue jalan-jalan untuk membeli keperluan dapur dengan keluarga ke pusat membeli belah, banyak yang Kak Sue lihat  jualan-jualan murah terpapar di iklan-iklan. Contohnya Harga Runtuh! Jualan Murah! Promosi Pembukaan! Jualan Gudang! Harga Borong! Harga Terendah! Lelong! Jualan Penghabisan Stok ! Tulisan-tulisan inilah yang menarik minat orang ramai untuk mengerumuni Pusat Membeli Belah, betul x? Mungkin anda adalah salah seorang daripadanya yang tertarik dengan tulisan2 ini. Trademark di atas seakan-akan sudah lali kita saksikan sebagai manisan di pintu masuk dan papan iklan di luar gedung membeli belah untuk melariskan jualan. Taktik halus menerusi iklan menarik serta kreatif yang digunakan peniaga sememangnya menjadi senjata utama untuk memastikan pengguna tertarik dengan promosi barangan.

 

Secara tak langsung pembeli-pembeli inilah yang menjadi mangsa pemborong-pemborong kedai untuk melariskan jualannya dalam masa yang singkat. Bagi sesetengah masyarakat yang suke berbelanja, memang x dapat dinafikan mereka juga terpaksa menggunakan kad kredit jika jumlah amount perbelanjaan terlalu banyak melebihi jangkaan masing-masing. Di sebabkan ralit berbelanja, mengambil barang tanpa berfikir terlebih dahulu, maka hal inilah yang akan membuatkan pembeli-pembeli x senang duduk disebabkan keterlanjuran dalam membeli belah.

Ha.. Kepada pembaca semua, mesti anda tahu ape kegunaan utama kad kredit? Kad kredit berfungsi sebagai pengganti kepada wang tunai. Sejak akhir-akhir ini, penggunaan kad kredit didapati semakin popular di kalangan masyarakat kita contohnya ahli perniagaan, kakitangan awam, kakitangan swasta dan yang paling utama ialah ahli perniagaan. Kini terdapat semakin banyak syarikat yang mengeluarkan kad kredit seperti American Express, Visa, dan Master Card. Menurut pendapat Menteri Kewangan Malaysia, penggunaan kad kredit merupakan pemangkin masalah inflasi yang sangat ketara. Di samping itu, beliau juga turut meramalkan bahawa bilangan pengguna kad kredit ni negara kita akan bertambah pada tahun-tahun  yang akan datang.

Dewasa ini, kita sering melihat kebanyakan masyarakat menggunakan kad kredit dari wang tunai. Antara faktor yang membuatkan masyarakat menggunakan kad kredit ialah mereka tidak membawa wang tunai terlalu banyak ketika membeli belah. Cuba anda bayangkan, pada satu-satu masa anda membeli belah dengan kadar RM 400. Tetapi jangkaan anda meleset kerana ketika di kaunter jumLah sebenar anda berbelanja dengan purata sekitar RM 500. Lalu, siapakah yang dapat membantu anda untuk membayar perbelanjaan tersebut? Jawapanya adalah kad kredit.

Tentunya selepas membaca kisah ini, semua pembaca akan berkata, “mudahnya menggunakan kad kredit dan kad kredit adalah penyelamat segala-galanya’.  Tapi Kak Sue ingin berpesan kepada semua pembaca di luar sana, ‘kesenangan itu amat mudah untuk dilihat tapi kesusahan itu menanti di penghujung jalan tanpa kita duga’. Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa banyak wang yang kita telah habiskan dalam kehidupan. Alangkah baiknya, sekiranya wang itu kita belanjakan ke arah perkara yang bermanfaat contohnya dari aspek pendidikan dan sebagainya. Namun, masyarakat kini tidak melihat dari perspektif tersebut malah mereka begitu mudah terpengaruh dengan papan-papan iklan yang membuatkan mereka begitu teruja untuk membeli belah.

Sesetengah masyarakat mendakwa bahawa jika seseorang itu tidak mempunyai kad kredit, maka beliau dikategorikan sebagai oang yang jumud dalam erti kata miskin dan ketinggalan zaman dalam teknologi canggih, tapi tahukah anda bahawa kad kredit adalah perkara utama yang menyebabkan masyarakat menghadapi risiko di bawa ke mahkamah dan diisytiharkan muflis?  Perkara ini tidak dapat dinafikan lagi kerana sesetengah masyarakat kita menggunakan kad kredit melebihi had yang ditetapkan dan tidak mampu membayarnya semula dengan pihak bank walaupun duit gaji telah ditolak untuk membayar hutang kad kredit tersebut. Dalam hasrat memperlihatkan gaya hidup mewah, ramai yang berbangga dengan adanya kad kredit tersebut. Akan tetapi, apabila kad kredit mereka menjadi punca utama kepada pemborosan dan pembaziran yang melebihi had, barulah mereka menyalahkan antara satu sama lain. Bak kata pepatah “sudah terhantuk, baru nak tengadah’.

Justeru, pengguna seharusnya lebih arif dengan kaedah menguruskan kad kredit tersebut. Pengurusan yang bijak amat penting kepada masyarakat supaya mereka menjadikan kad kredit sebagai alternatif perkhidmatan dan kemudahan untuk pembayaran hutang kereta serta perumahan tanpa menggunakan perkara tersebut ke arah pembaziran yang melampau.

ingatlah firman Allah yang berbunyi : sesungguhnya pembaziran itu adalah amalan syaitan.

Maka dengan itu, kita perlu menyedari risiko penggunaan kad kredit. Kak Sue ingin berpesan kepada semua pembaca yang mempunyai kad kredit, gunalah kad kredit secara berhemah, Insya Allah anda akan mendapat manfaat daripadanya.

Bawak Laju2! biar MAMPOS????…

Assalamualaikum…..

Ahlan wasahlan kepada semua,
Membuka tirai entry ketiga,
reverse psychology empunya cerita,
buat tatapan kepada pembaca…..

Bissmillahirrahmanirrahim,,,

Apa khabar semua? Entry kali ini sue tujukan khas buat semua yang berada di jalan raya..….

Expecially wt yang selalu memandu kenderaan…..tidak kira untuk ke tempat kerja atau balik kampung, atau yang nak pegi kuliah.….

kepada sesiapa yang sedang memandu sambil mendengar radio, pemandu yang sedang bercakap melalui telefon…. atau pemandu yang menjadi raja jalan “mat rempit”. Su suggest ambillah perhatian dengan apa yang su ingin kongsikan…..

Seringkali kita dengar di dada akhbar “kes kemalangan jalan raya”. Dari hari ke sehari peningkatan kes kemalangan jalan raya semakin tinggi. Tidak kira yang cedera parah, cedera ringan atau yang menemui ajal di tempat kejadian….

terutamanya di musim perayaan, atau musim cuti umum untuk hari2 tertentu… Ramai di antara kita yang memasang angan-angan nak balik kampunglah, pegi shopping lah, pegi jalan-jalanlah, … dan sebagainya… malangnya mereka tidak sampai ke destinasi yang dituju akibat kemalangan yang meragut nyawa….

Cube kite lihat statistik kemalangan jalan raya dari tahun demi tahun….

Nah! tentu anda terpegun….. ha, jadi x insaf lagi? ke dah insaf cikit! tepuk dada tanye iman, tanye hati……
bermonolog lah dengan diri sendiri……
adakah aku tergolong dalam insan yang menyusahkan orang lain?
atau yang ego dengan diri sendiri…
fikirkanlah…..
Di dada akhbar pada hari ini bertarikh 23 Ogos 2010 Utusan Malaysia M/S 3, “TIGA SAHABAT TERBUNUH KERETA TERBABAS”

(sedikit info) Klang 22 Ogos 2010, tiga sahabat maut selepas kereta yang dipandu terbabas dan melanggar tebing jalan di Jalan Kebun Nanas menghala ke bulatan Jalan Kebun bersebelahan Tangki Air Bandar Puteri… Kejadian berlaku pada jam 4.45 pagi ketika mereka dalam perjalanan pulang setelah keluar minum pada hujung minggu.. Pemandu kereta Proton Saga dan penumpang belakang kenderaan tersebut meninggal dunia di tempat kejadian, manakala penumpang depan meninggal pada jam 1.15 petang ketika menerima rawatan di HTAR. Pelanggaran itu menyebabkan kereta mereka remuk teruk.. Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Negeri tidak menolak kemungkinan bahawa kemalangan itu berpunca daripada kereta mereka yang dipandu laju hingga hilang kawalan.

Lalu.. siapakah yang ingin dipersalahkan dalam perkara tersebut?????
Mungkinkah kenderaan? atau pemandu? atau penumpang? atau kedai minuman yang menarik selera mereka untuk keluar pada hari tersebut? atau Pihak berwajib yang tidak meletakkan amaran jangan memandu laju di kaw. tersebut?
Ha… inilah sikap masyarakat kite..
sering menuding jari apabila sesuatu hal itu telah berlaku…
bukan untuk mencari penyelesaian malah mereka bergaduh sesama sendiri kerana kemalangan tersebut telah meragut nyawa anak-anak kesayangan mereka….
Justeru, kita tidak boleh menyalahkan pihak berwajib
Kerana dewasa ini kita sering mendapatkan pamplet mengenai pandu cermat jiwa selamat…
Bukankah semasa pembaca semua mengambil ujian memandu, semua pemandu telah dititikberatkan dengan had laju,sikap pemandu, memeriksa kenderaan sebelum bergerak supaya kenderaan tersebut berjalan lancar….
Jadi… persoalanya di sini mengapa ada sesetengah pihak yang menuding jari pada pihak berwajib?????????????
Bukankah kesedaran itu bermula daripada diri kita sendiri…

Sebagaimana firman Allah:-

Allah telah berfirman di dalam Al-Quran: “….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)
Justeru, dengan adanya reverse psychology ini, su menyarankan agar papan tanda yang berunsurkan pandu cermat jiwa selamat ditukar kepada bawakla laju-laju! Biar mampos….
Mungkin dengan kata-kata hikmah yang selama ini dicanangkan oleh pihak berwajib tidak memberi keinsafan kepada sesetengah pemandu yang berada di jalan raya…bahkan mereka tidak mengambil pusing akan perkara tersebut…
Malah.. telah ada papan tanda yang mengingatkan kepada semua pemandu yang berada di jalan raya seperti
“pandu cermat, ingatlah orang yang tersayang” atau “pandu cermat, orang tersayang menanti kepulangan anda”
tetapi tidak diendahkan oleh masyarakat sekeliling…
Justeru, kesedaran apa lagi yang perlu dipupuk kepada pemandu supaya statistik kemalangan semakin berkurang???
Mungkin alternatif reverse psychology ini dapat memberi impak kepada sikap pemandu yang sesetengahnya perlu menggunakan kekerasan dalm nada tersebut…
Perkataan mampos itu akan menyedarkan diri mereka bahawa “xkan lari gunung dikejar” walaupun mereka cepat sampai.
Oleh yang demikian, sue berpesan kepada semua pemandu, Bawaklah laju hingga meter dah x boleh laju lagi,
kalau meter tu 260 bawaklah sampai 260. kalau meter tu pulak 280 bawaklah selaju yang boleh kerana pemandu masa kini suke bawak laju, biar mampos’……
Bukankah sesetengah pemandu x sayangkan nyawe??????? Jadi bagi sesiapa yang nak cube,, tafaddal masykura… xpun pegi je lintas jalan raye yang besar tu, tak payah toleh kiri kanan… memang masuklah wad kecemasan x lame lagi…
Justeru, kesimpulannya sikap pemandu yang ingin sampai ke destinasi dalam masa yang singkat selalunya membawa padah apabila nyawa terlebih dahulu mendahului segala-galanya…
Memanglah sesetengah orang berkata “ajal maut di tangan tuhan, dah die nak mati, kite x boleh buat ape”
tapi yang hidup ini beringat-ingatlah dan berpesan-pesanlah kepada rakan-rakan yang lain….

Semoga coretan ini membawa manfaat kepada sahabat2 dan pembaca sekalian…





solat fardhu & tahlil yg mana lebih utama?

bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum pembuka bicara,

buat pembaca yang budiman,

selamat datang ke entry kedua,

moga ukhwah kekal berpanjangan…..

salam perjuangan buat semua pembaca blog sue pada kali ini, Alhamdulillah bertemu lagi kita di entry yang kedua, semoga blog ini memberi banyak manfaat buat semua pembaca.

Sue doakan moga Allah s.w.t memberikan kesihatan yang berpanjangan buat semua untuk menunaikan ibadah di bulan barakah……

Terlebih dahulu sue ingin mengucapkan sekalung penghargaan buat semua sahabat2 yang telah menjayakan latihan amali dakwah muslim di Kg. Air Putih Ulu Tiram Johor… Semoga usaha yang telah dicurahkan mendapat ganjaran dari Allah s.w.t…

Buat pembaca di luar sana, tentu tertanya2 apa yang di maksudkan dengan latihan amali dakwah muslim?????

ha, nak tahu jawapanya? mari su jelaskan serba sedikit mengenai program ini…

Pada semester ini, kami diwajibkan untuk mengambil kursus Metodologi Dakwah Kepada Muslim PPPM 3013 dan kami diwajibkan untuk membuat, merancang dan menyusun program di Kg. Air Putih. Pendek kata, program yang dijalankan berbentuk program anak angkat…

Sebelum kami memulakan program ini, kami diminta untuk menghadiri kursus sukarelawan al-Fallah di semenyih…Justeru itu, dengan berbekalkan ilmu di dada yang telah dimantapkan oleh YADIM, maka kami mengorak langkah menyertai program Eksplorasi Mahasiswa 2010. Pensyarah yang menyelia kami dalam kursus ini ialah Professor Dr. Badlihisham Mohd Nasir.

Ha….. tentu pembaca tertanya2, apa kaitan tajuk blog ini dengan program anak angkat??????

Program ini di jalankan selama 7 hari bermula pada 2hb Ogos-8 Ogos 2010…

Nak dipendekkan cerita….salah satu aktiviti yang dijalankan di kg. tempat sue menginap ialah kenduri tahlil…

kg. ini dinamakan kg. Sungai Berangan yang terletak agak jauh dari Kg. Air Putih…Kenduri tahlil ini diadakan pada hari sabtu malam iaitu 7 hb Ogos….

Di tengah2 kesibukan membuat persiapan tahlil, mungkin ramai yang tidak sedar bahawa kebanyakan penduduk tidak menunaikan solat fardhu…

Bermula dari waktu pagi membeli barangan sehingga sampainya waktu zohor… tetapi tidak ada yang meminta alasan untuk berhenti seketika bagi menunaikan solat…setibanya waktu zohor sehinggalah waktu asar… perkara yang sama juga berlaku…..

Pada ketika itu juga sue sempat pergi ke sebuah rumah yang terletak di hujung kg. Sungai Berangan. Dalam hati memikirkanbahawa keluarga ini mungkin tidak berbuat demikian tetapi…….

Jawapanya: perkara yang sama juga berlaku iaitu terlepas solat fardhu… masakan tidak, menolong membuat persiapan dan ketika itu penduduk bersama kami, akhirnya ketika kami diberi peluang untuk melihat rumah mereka, di kepala sue sudah terfikir….. mereka akan menunaikan solat fardhu….

tapi……..jangkaan meleset…. Tahukah pembaca apa yang mereka lakukan?

Mengambil buah langsat di dahan2 pokok…

Kepada pembaca…..

Ingatlah! bahawa Solat fardhu itu wajib ke ats setiap orang mukmin… maka, mengapa ramai yang meninggalkanya???? Kadang2 kita sering lupa, apabila kita membuat kewajipan duniawi, kita sering melengahkan kewajipan ukhrawi…..

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w., bersabda:

“Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari qiamat mengenainya ialah sembahyangnya jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah dia.

Betapa susah Nabi Muhammad s.a.w berjuang untuk memberikan kadar yang minima supaya umatnya boleh menunaikan solat fardhu sehari semalam… Mungkin kita rasa berat tapi tahukah pembaca betapa penat nabi turun naik untuk meminta dikurangkan rakaat solat fardhu tersebut supaya umatnya tidak tergolong dalam menjadi penghuni neraka…..

Tapi berbaloikah tindakan nabi??? Tentunya Baginda sedih melihat umat di akhir zaman lebih mementingkan kewajipan lain daripada kewajipan sebagai hamba di muka bumi…….

Ulasan ini bukan untuk mengkritik dan melarang daripada melakukan tahlil. Tetapi,,, kita sebagai manusia yang sering lupa harus sentiasa mengingati bahawa kita diciptakan sebagai hamba Allah yang sempurna untuk mengabdikan diri kepadanya… Maka, mengapa kita tidak memberi imbal balas untuk meluangkan masa menunaikan solat fardhu?

Firman Allah s.w.t

Dirikanlah solat pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam, sesungguhnya perbuatan yang baik itu menghapuskan perbuatan-perbuatan yang buruk (dosa); itulah peringatan bagi orang-orang yang mahu ingat”

(Surah Hud, Ayat 114)

Solat fardhu bukan memakan masa selama setengah jam, jadi berilah ruang supaya kita tidak ditimpa bala bencana…. Andai umur 7 tahun telah dididik oleh ibu dan bapa solat yang sempurna nescaya generasi akan datang akan lebih berwibawa dalam urusan akhiratnya…..

Wahai pembaca, tahukah saudara bahawa solat itu tiang agama, ibarat sebuah rumah jika tiada tiang bagaimanakah kita ingin menumpang teduh?????

lalu… sama-samalah kita pegang amanat Rasulullah s.a.w

Rasulullah saw bersabda “Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya dia menegakkan agama, sesiapa yang meninggalkannya dia meruntuhkan agama.. “Siapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja,maka sesungguhnya dia telah kufur dengan nyata”.-HR Bukhari dan Muslim..

Semoga di bulan yang penuh barakah ini, sama-samalah kita beramal dengan cara istiqamah, selain dari menjaga kepentingan solat fardhu marilah kita menunaikan amalan-amalan supaya bulan yang mulia ini diserikan dengan amalan yang lebih mulia…..

Ramadhan= Rokok

Assalamualaikum w.b.t.

Ahlan wasahlan ke entry Su yang pertama…

Su masih baru lagi dalam bidang blogging

Harap kepada sahabat2 (Atiqah, Wani, Kak Muhaiza & Salwa serta yg mengenali diri Su)  semoga anda terbaca blog yang tak seberapa ni

Sempena dengan bulan Ramadhan yang bakal menjelang tiba pada bulan Ogos, su ingin berkongsi beberapa fakta tentang tajuk entry di atas…

Tentu anda tertanya2 kenapa Ramadhan disamakan dengan rokok?

Ha…..Mari su nyatakannya…. Tapi perlu diingatkan kepada golongan perokok tegar… ayuh! insaflah selepas membaca entry saya…

Cuba anda fikir tentang bulan Ramadhan,dimana umat Islam diwajibkan berpuasa namun di bulan mulia itulah  rokok  sangat laris.

Kenapa???????

Cuba anda bertanya kedai2 rokok di sekitar anda,berapa banyak rokok yang terjual pada bulan Ramadhan….& siapa yang membelinya….ha….bahkan terdapat sesetengah perokok yang berbuka dengan rokok..malah ada juga yg tidak berpuasa disebabkan ketagih merokok…

Di negera arab telah difatwakan bahawa rokok itu haram..kerana pengamalannya boleh menjejaskan kesihatan penghisap dan orang di sekitar yang menghidu asap rokok tersebut…

Firman Allah S.W.T :-

Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang telah menukar nikmat Allah [syariat Allah SWT] dengan kekafiran dan menjatuhkan kaumnya ke lembah kebinasaan? (QS. Ibrahim (14) : 28).

Kita sebagai manusia angkuh menerima tugas sebagai khalifah di muka bumi ini..yang dimana gunung-ganang dan segala makhluk tidak sanggup memikulnya, namun manusia tidak amanah dalam menguruskan nikmat Allah yang segala isi alam nie bertasbih mengingati tuhan-Nya.. kecuali iblis dan syaitan…

Jadi dalam bulan puasa yang penuh barakah ini marilah sama2 kita bina kembali azam,susun kembali saf2 dengan penuh tekad berubah..dan ambil peluang nie bagi yang perokok tegar untuk membuang tabiat merokok itu..inilah saat2 keemasan anda…ingatlah..setiap perbuatan amal baik anak adam itu adalah untuk dirinya kecuali puasa..kerana ianya adalah untuk-Ku..disebabkan puasa itu segala dosa kita diampunkan ..

P/S: nak tingkatkan strategi yang manthop  lagi tuk beribadah dalam bulan puasa nie…. 🙂 chaiyok2!!! suhaila…

mutiara kata

kadang-kala kita perlu menangis agar kita tahu hidup ini bukan hanya untuk ketawa, kadang kala kita perlu ketawa agar kita tahu betapa bernilainya air mata…